Want your
own Fotopage?















 
My Danish's Gallery

By: family homestay

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 1-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday Sayang...

 
My cute little boy Turn's 2 today!!!!...Cepatnya masa berlalu...Mami rindu sangat-sangat kat Danish.....From the first day you were born until now....Really really miss you.....Muaahhh....Tiap waktu asyik teringat jer....kalau kat opis macam nak balik cepat jer...tp kerja terlalu banyakkkk....Bila tengok Danish tido...mami nak pandang jer muka sayang ..tak puas dipandang mata sayangku.....Dikaulah permata hari mami....Dikaulah kekuatan dan semangat mami.....Be a very good boy....I LOVE YOU SO MUCH....!!!!

Care to comment?


Saturday, 14-Jun-2008 07:19 Email | Share | | Bookmark
Monthly Games ~ Bowling

 
 
These pictures taken a few weeks before Bowling Friendship Games between IKCM-UMK.Semua dok belajar strategi balingan daripada pemain cilik....




****************************************************************************************
Jom shopping online di Little One Store : http://lonestore.fotopages.com.
NEW COLLECTIONS now available!!! HURRY!!!
Mon 30-Jun-2008 08:33
Posted by:Little One Store littleonestore@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 28-May-2008 09:04 Email | Share | | Bookmark
Salam all...

 
Hai...lamanya tinggalkan fp niii..dah bersawang abih semuanya....

My fren tegur...lamanya tak jenguk rumah...ke mana pegi agaknya....
Kami tak ke mana-mana cuma terlalu banyak keje dan tugasan yang kena catch up sekarang sampai nak spend time time untuk update fp pun tak sempat....bukan kerana tak de aktiviti lain selain keje...keje...keje.... sempat la jugak melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan sekerja....cuma tak sempat nak bercerita panjang lebar kat sini...

Part time bisness pun sempat buat bila hujung minggu jer...itu pun kadang-kadang...kalau tak ...ke ofis jugak tempat menghabiskan masanya.....hehehe...family pun mengamuk jugak kadang-kadang...hehehe..tapi apa boleh buat....keje makan gaji kannn....tambahan pulak...keje kami terikat ngan dateline....jenuh mengejar dateline....kalau tak kejar...kang bos plak yang kejar kita... hehehe....sorry boss.... but it is still a very good experience working with the company like this....

Persiapan dari segi hadiah... sebelum balik keje sempat membungkus hamper

















Pasangan juara...



Inilah entry kali ni adalah untuk menempek gambar-gambar sewaktu Bowling Friendship Game IKCM-UMK Team yang berlangsung hujung minggu lepas. Ini last minute punya program but syukur dapat berlangsung dengan jayanya dan participants pun bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun pada mulanya ia sekadar untuk merelease tension sahaja....Thanks to all the participants and my ad hoc committee members...semua IKCM UMK team kerana support this event.

Hai...Lama zai tak singgah cini...zai pun lama tak main bowling ha...jom kita lawan plak..

Jom singgah fp Zai Baru jer update.
Tue 3-Jun-2008 02:40
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Friday, 18-Jan-2008 16:45 Email | Share | | Bookmark
Lovely Touch Boutique

 
 
 
View all 20 photos...
Hai..salam untuk semua.....

Lama tak bersua ye....namun kini saya muncul kembali.

Sempena tahun baru dan azam baru nie....kami juga ada produk baru untuk diperkenalkan untuk anda semua. Buat yang bakal melangkah ke gerbang perkahwinan dan yang akan mengadakan majlis yang tertentu serta masih tertanya-tanya apakan barangan yang sesuai untuk diberikan kepada tetamu? di sini saya senaraikan item-item yang ada dalam koleksi kami untuk menyerikan lagi majlis anda nanti.

























Kami di lovelytouchboutique sedia menerima tempahan anda.

Mininum Order: 50 pcs

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami:
YM: lovelytouchboutique@yahoo.com
Email:lovelytouchboutique@gmail.com
Sue: 012-9581852




sudilah melayari Wed 12-Mar-2008 04:02
Posted by:aphhdoorgift aphh_doorgift@yahoo.com  - [Link]
wah wah Ila,, tahniah.. dah ikut jejak langkah Mai... moga success dlm bisnes.. So, skang ni dok di Kelate jelah.. Anyway, semoga bertambah maju dlm bisness.. Layannnnnnn Wed 19-Mar-2008 09:00
Posted by:semarak
Hi..tumpang lalu tn rumah..tudung Italy for sale...Feel free to visit my fp Wed 23-Apr-2008 22:39
Posted by:mesya  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Friday, 7-Dec-2007 11:52 Email | Share | | Bookmark
Majlis Ulangtahun Kelahiran Akasyah

 
 
 
View all 5 photos...
Dah seminggu majlis berlangsung, namun kini baru dapat upload sedikit gambar waktu majlis tempoh hari. Majlis tak ler besar mana, sekadar jemput kengkawan dan saudara mara. Kebetulan plak kawan ummi dari KL datang bercuti di Kelantan. Orang kata ala kadar dan nak ambil hati budak je...tapi alhamdulillah meriah jugak. Mula-mula tok mi plan nak buat majlis kat taman, sebab nak wat bbq. Tapi malangnya, cuaca mendung semacam jer. Jadi kami pun guna plan kedua, iaitu buat indoor party jer. So, takleh ler nak buat games yang gempaq-gempaq takut runtuh rumah tok mi nanti...hehehhe....
Yang paling penat adalah untuk membuat persiapan la kan. Ye la sebab mama Ly, papa Ja dan mama Zah keje dan ada aktiviti lain, jadi kami yang tinggal meneruskan persiapan. Yang paling kalut ialah si Danish ler.... Suka sangat la dia lebih-lebih lagi bila ada belon-belon ni. Waktu kami tiup belon-belon ni Danish tido. Elok plak bila siap tiup je dia bangun....terus ler dia buat keje....

Goodies bag yang ditempah dari Mai pula memeriahkan lagi majlis kami. Suka ler anak-anak yang datang.Masing-masing dapat cenderahati.

Tak banyak gambar yang kami snap masa majlis, sebab camera woman sibuk melayan tetamu dan buat adh-hock games....


Aturcara Majlis hari tu lebih kurang mcm ni.

Mula-mula: Kita makan dulu...Ye la..kan buat majlis lepas solat Jumaat, jadi perut semua dah keroncong. Tetamu yang datang terus je kami jamu makan. Sambil menunggu tetamu yang lain datang kami bersembang-sembang....

Games: Sebenarnya, games ni ummi plan sorang-sorang. Mula tu memang plan nak wat games pecahkan belon dan byk lagi outdoors aktiviti. So, bila dah tukar plan, dalam diam-diam ummi plan sendiri la....maklumlah takut plan tak jadi...sebab tempat tu terhad kan....
Tapi bila tengok keadaan anak-anak macam luar kawal, so...ummi keluarkan goodie bag masing-masing.


Game 1: Cari benda yang hilang pada Goodie Bag. (Jawapan dia..hanya ummi dan mai jer yang tahu...hehee...Susah jugak rupanya sebab tak ramai yang dapat cari menda yang hilang tu. yang bestnya, bukan anak-anak jer yang main..bahkan Tok Mi dan Tok Bah pun ikut sama...mak-mak dan bapak-bapak budak yang lain apa tah lagi)

Game 2: Cari 7 beradik yang hilang.(Ada tujuh beradik sama cantik sama saiz...tingginya kurusnya....telah ditangkap oleh penjahat....Pastu disembunyikan dicelah-celah belon....Cepat cariii....sapa cepat dia dapat!!!!!......Hahaha...kelam-kabut semua belek celah-celah belon....Hhhuhuhu...

Game 3: Cari Harta Karun (Kebetulan kat ruang jamuan tu ada 3 buah meja... Jadi ummi sedia kan 3 sampul angpau di isi dengan sediikit duit la....kononnya harta karun... hahhaha...Klu dia" Warna kuning bukannya emas...Pun begitu amat berharga....Bawah meja letaknya saya......Sapa dapat dia la yang punya"...Hahahha tertonggeng-tonggeng la nak amik angpau yang terletak bawah meja tu. Lebih-lebih lagi bwh meja jepun....

Game 4: Teka-teki.(Game ni paling best.... Semua orang main game ni....tapi si kecil-kecil yang dapat bagi jawapan yang betul....gamat betul suasana...riuh rendah ngan gelak ketawa...Hahaha....Yang paling geli hati bila soalan teka teki untuk anak-anak bawah 7 tahun...Soalan: Mcm mana bunyi lembu?....Danish dan Syifa' bersaing bunyikan lembu dengan versi masing-masing...Hahaha

Game santai: Domino...saje suka-suka sebab budak-budak tak puas main game.

Setelah selesai main game, majlis diteruskan dengan solat asar berjemaah yang telah diimamkan oleh Tok Su. Mohon keberkatan dari Allah dan perlindungan serta keberkatan dariNya dalam apa jua perkara yang dilaksanakan. Amin.. Tambah pulak, tahun depan nak periksa....UPSR Good Luck Adik Akasyah.



Akasyah dapat surprise dari Ustaz Zami, cikgu yang sentiasa membimbingnya pada setiap masa...Koleksi gambar-gambar sewaktu kelas bowling yang siap dibingkaikan.Terima kasih Ustaz.


Majlis Tamat... dan lepas majlis, ummi dan officemate bawak Kak Maz dan family jalan-jalan di Pantai Bachok.

Selamat tahun baru.Semuga tahun 2008 lebih baik dari tahun2 berlalu Thu 3-Jan-2008 03:09
Posted by:PEMANCING IKAN  - [Link]
selamat tahun baru buat anda dan keluarga dan semoga sukses selalu .... Fri 4-Jan-2008 09:36
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
happy belated besday...bestnya party dia....dapat cenderahati lagi tu...nak 1???? Sat 12-Jan-2008 14:43
Posted by:nurulhasmiza puyu_pendot@yahoo.com  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Thursday, 6-Dec-2007 18:35 Email | Share | | Bookmark
Bersantai Di Tepi Pantai

 
 
 
View all 5 photos...
Gambar ni waktu bersantai di Pantai Irama, Bachok 2 minggu lepas. Waktu ini ombak besar..maklumlah sekarang dah masuk musim tengkujuh. Walaupun masih ramai yang bermandi-manda, namun kami rasa ia tidak sesuai buat kami yang tak pandai berenang. Namun sekadar untuk merasai angin pantai pada waktu petang tiada masalah rasanya. Tapi anak kami dijaga rapi takut nanti ke gigi air perginya.Bahaya.





Wahh...angin yang membelai pipi, ombak yang mengalunkan iramanya, dan sedikit hidangan petang sudah cukup la untuk bersantai hari ni. Bukan senang nak makan locing (satay ikan), sata dan otak-otak ni kalau tidak datang pada tempatnya. Hehehe...ye lah...ketiga-tiga jenis makanan ini dibuat dengan ikan sebagai bahan utama. jadi kena la datang ke tepi pantai ni kalau nak merasainya.






Quote:
Mamasya: Hai mama..salam perkenalan. Orang Kelantan gak ye...seronoknya dapat tambah kenalan....
Eina: Senang je Eina....saya erase background gambar baby tengah jalan pastu saya cut n paste pada gambar pantai....


hi...salam perkenalan....nak tanya sikit la,cam ne U edit gambar anak U yg jalan2 tuh....guna adobe photoshop kan? cam ne ye..... Fri 7-Dec-2007 07:54
Posted by:Eina eina4177@yahoo.com
hi...salam perkenalan....nak tanya sikit la,cam ne U edit gambar anak U yg jalan2 tuh....guna adobe photoshop kan? cam ne ye..... Fri 7-Dec-2007 07:55
Posted by:Eina eina4177@yahoo.com
suka tgk gambar 3D yg kat tepi pantai tu... lawa awak edit...
** memang sekarang musim tengkujuh.. ombak pun kuat.. ari tu saya gi terengganu pun, bdk2 ni main air kat tepi je..
Fri 7-Dec-2007 09:57
Posted by:kamalina  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Saturday, 1-Dec-2007 16:48 Email | Share | | Bookmark
Murtabak Raja

 
 
 
Mungkin ramai yang pernah terdengar tentang Murtabak Raja yang terkenal di sini (Kelantan). Susah jugak saya nak merasa disebabkan sambutannya terlalu hangat. Pernah 2 hingga 3 kali jugak la dalam bulan Ramadhan yang lepas saya ke kedai murtabak ni untuk dapatkan murtabak raja ni nak buat juadah berbuka puasa. Tapi ternyata hampa sebab tempahan penuh sehingga selepas raya. Sehinggalah akhirnya saya yang terlupa....hehheheheee....
Akhirnya khamis lalu, saya berjaya juga mendapatkannya.Ternyata memang rasanya sedap....dan saiznya yang besar, amat sesuailah dengan namanya murtabak raja.

Cukup 1 murtabak untuk 7 orang makan...memang jumbo saiz....Harga dia RM12 sebiji.

Boleh didapati dalam 2 jenis iaitu ready made dan instant... kotak pun cantik kak ooiii...

Apa yang saya diberitahu, pengusaha juga sedia menerima tempahan dari luar Kelantan.

Selain murtabak, ada juga dijual aneka kuih muih tradisional. Yang uniknya, kuih-muih jenis manis-manisan tempatan yang popular di negeri ini seperti jala emas, buah tanjung, tahi itik dan mas sejemput juga sedia digubah untuk hantaran siap dengan bekas ready made yang digubah cantik. Harganya juga amat berpatutan.




Kepada sesiapa yang berminat; berikut adalah alamat kedai tersebut:

Perniagaan Nik dan Anak
Sec-4 No 19 Jalan Merbau,
15300 Kota Bharu,
Kelantan.
Telefon: 09-748 3898


Quote:
Kak Daalia: Saya pun penah dengar pasal murtabak singapore tapi tak pernah dapat rasa lagi. Dulu waktu balik Muar ada nampak kedai yang jual tu..tapi tak berkesempatan nak merasa.. Insyaallah next time.
Kamalina: Saiz memang besar..kalau satu family satu biji pun dah cukup.... rasa yang segera dengan ready made sama je....cuma kalau segera leh le simpan lama sket dalam peti ais.

mertabak raja ? hmm tak pernah dengar... mertabak singapore selalu dengar ... readymade ke nie ? Sun 2-Dec-2007 03:09
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
murtabak raja??? mak aiiii besar tu kalau sekeping rm12... wah yg instant pun ada... rasa sama ke?? Mon 3-Dec-2007 19:38
Posted by:kamalina  - [Link]
Add comment


Saturday, 24-Nov-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
It Akasyah's Birthday

 


Mesti tak sabar si empunya diri nak sambut birthday nanti.... Selamat menyambut Hari Ulangtahun kelahiran yang ke-11 adik Asyah. Semoga success selalu...

Hepi Besday Akasyah!!!!!! Mon 26-Nov-2007 19:20
Posted by:marlin  - [Link]
happy belated BD to akasyah... wah mcm nama artis la pulak.. hehehe.. sedap nama ni.. Wed 28-Nov-2007 06:58
Posted by:kamalina  - [Link]
hepi besdeyyyyy

Entryku hari ini

Kecil besar tinggi dan rendah
Ramai-ramai pulang ke kampung
Ditepi gunung berdiri indah
Menggamit ramai datang berkunjung
Fri 30-Nov-2007 08:54
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 17-Nov-2007 09:48 Email | Share | | Bookmark

magic
Hujung minggu ni..ada plak kesempatan nak menjenguk fp kengkawan. Seronok bila tengok macam-macam yang ada... hehehehe

Sewaktu singgah di fp Kak Daalia...terpandang link ini..http://magicofcolours.blogspot.com/.
Emm..memang bagus blog ni....walaupun sebelum ni ada saya ada merujuk beberapa link untuk belajar menggunakan photoshop, tapi dalam blog ni....penerangan dia ringkas dan mudah faham. lengkap dengan contoh. Syabas dan tahniah pada Nurul http://helmiyani.fotopages.com/ dan terima kasih kerana sudi berkongsi pengetahuan ini. Terima kasih juga pada Kak Lia, sudi berkongsi link ni dengan kami.

Inilah percubaan pertama saya..hehehee


Quote:
Kak Lia: Belum dapat lagi kak...biasa yang ada kat kedai majalah pengantin je. Saya pun tak sure ada tak kat pasaran kat sini.

Quote:
Ciku_Nunu: Hehehe..tolong promote. Tahniah for the good job

Quote:
Mamaniza: Danish skarang nak masuk 1 tahun 5 bulan. Saya pun baru belajar gak guna scrapbook ni....itu pun belajar dari kengkawan fp

salam mesra dr kanda & family..
umo danish brape tahun yek..
wah!! creative nya..saya br je nk berjinak2 wat scrapbook ni..
Thu 22-Nov-2007 15:37
Posted by:mamaniza  - [Link]
PERCUBAAN YANG AMAT MEMBERANGSANGKAN....SYABAS...NURUL PUN EDIT GAMBAR RUJUK KAT CIKUNUNU,MARLIN DAN KAMALINA....
DIAORANG SEMUA TAK KEDEKUT ILMU.....
Tue 27-Nov-2007 08:54
Posted by:nurul puyu_pendot@yahoo.com  - [Link]
hehehe.. saya pun byk belajar dr blog cik nunu tu... byk info yg menarik... dulu pun tak tau yg brush tu ada mcm2.. hehehe.... glamer jap cik nunu kita ya... Wed 28-Nov-2007 06:53
Posted by:kamalina  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Friday, 16-Nov-2007 07:03 Email | Share | | Bookmark
Ladies Outing

 
 
 
View all 7 photos...
Hehehe..mesti semua fikir kami pi shopping.... tapi sebenarnya tidak.....
Memangla nak gi shopping, tapi beli barang-barang basah je untuk masak tengah hari.
Tapi bila all the girls ikut, lain plak jadinya.



Kami adik beradik perempuan meluangkan masa bersama dengan bonda kami..... hehehee...kami pergi bersiar-siar, tenangkan fikiran dan teroka jalan-jalan yang tak pernah kami lalui sebelum ini.
Kalau ada all the guys ..sure bising....hehehe...sebab berjalan tanpa arah tujuan...

Tapi sekali-sekali jalan-jalan mcm ni pun best gak.....walaupun kami selalu ke Tok Bali tapi tak pernah kami sampai ke tempat yang cantik ni. Tak sangka plak ada yang berkhemah kat sini pada hujung-hujung minggu mcm ni dan pada sebelah pagi plak, penduduk tempatan sibuk mencari rezeki dengan mengutip hidupan laut seperti lala, tijah, tebeng, lokan dan sebagainya. Semuanya ni spesies kerang ngan lala la kalau tak silap saya. Bila dah dapat, dorang terus jual di tepi-tepi jalan kat sini. Fresh lagi tu....boleh la menambah belanja harian mereka...

Pastu kitaorang teruskan perjalanan, sampai le masuk dalam hutan....persis kat safari..hehehhee


Dan sebelum pulang, kami sempat berenti di gerai buah MARDI yang menjual dragon fruit di tepi jalan kat sini gak...interview punya interview, kami dipelawa masuk ke ladang dorang...Fuyyoooo terpegun pun ada terpukau pun ada sebab sejauh mata memandang luasnya ladang dragon fruit kat sini. padahal bley dikatakan hampir setiap bulan kami melalui laluan ini tak pernah plak ternampak ladang ni...hehehehe....

Sempat la jugak saya belajar beberapa tips untuk menanam dan memelihara tanaman ini supaya cepat berbuah...hehehehe.... nak beli benih pun bley kat sini rupanya...hehehee...


Quote:
Pemancing Ikan: Thanks
Kamalina:

fp ni atursusunnya canggih, cantik dan berinformasi. Tahniah Fri 16-Nov-2007 08:22
Posted by:PEMANCING IKAN  - [Link]
syoknya ada adik-beradik pompuan ni... saya sorang aje pompuan dlm family... hehehe.... Fri 16-Nov-2007 09:01
Posted by:kamalina  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.