|
|
| Monday, 18-Jun-2007 14:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lama betul tak ke pantai....
|
|
| Quote: |
mamma: sorry le mamma, ummi tersibuk sket lately, sampai tak sempat nak update fp Danish ni. Btw, tak lama lagi bila ummi bernafas sket, insyaallah ummi update. thanks ya.
semarak: macam ku kenai sapa...tapi tak cam ler.....sape ek? mamma kenai ka? Sekarang, kami menetap kat kb. Emm..sejak Danish lahir .... maklumla cucu pertama. semua tak nak berpisah dengannya. Tapi sekali sebulan kami tetap balik Cheras. hehehhe... |
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 17-Jun-2007 14:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 17-Jun-2007 06:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Father's Day
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 15-Jun-2007 12:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
baby denim
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 15-Jun-2007 00:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Goodies bag for party
|
|
hai....thanks Mai, for my boy's goodies bag for his coming birthday party this coming July. Memang berbaloi, cute, sangat cantik dan praktikal.....
Sebelum ni memang tak pernah terlintas difikiran saya untuk menyediakan goodies bag ni, tapi bila diperkenalkan oleh mai, i think this is a brilliant idea to make our child birthday party lebih meriah.
so, pada sesiapa yang berminat, bolehlah terus contact mammahouse@gmail.com or please visit http://www.partythemepack.com or http://mammahouse.fotopages.com for more interesting goodies bags theme&design and party tips.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 14-Jun-2007 03:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Simple
|
 |
|
sunflower
|
|
 |
|
simple
|
|
|
| Quote: | | Kami nak ucapkan tahniah buat pasangan Suja & Zahar di atas kelahiran putera sulung mereka, Muhammad Akil Harith. Semoga beroleh kebahagian dunia & akhirat. |
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Jun-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
lagi maklumat ttg Casa Abadi Homestay
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 7-Jun-2007 10:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lokasi kami...
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 6-Jun-2007 23:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Coming soon...............
|
 |
|
casa abadi homestay
|
|
|
Selamat Datang ke Casa Abadi Homestay....
For further information, please logon to:http://familyhomestay.fotopages.com/
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 13-May-2007 09:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy Mother's Day
|
|
Tiada yang lebih membahagiakan hati seorang ibu selain daripada dianugerahkan anak yang sempurna dan sihat. Apatah lagi bila dianugerahkan anak yang soleh atau solehah dan juga pintar. Itu adalah satu bonus yang tidak ternilai harganya. Dan tiada yang lebih bererti bagi seorang wanita,melainkan dapat mengecapi detik bergelar seorang ibu.
Kini Ummi mula mengecapi detik-detik kebahagiaan itu. Demikian juga, kini ummi mula mengecapi susah senang, penat-lelah bergelar seorang ibu. Baharulah Ummi sedar, begitulah yang dialami oleh insan yang amat Ummi sayangi, iaitu Bonda tercinta dalam mendidik dan membesarkan Ummi selama ini.
Baru-baru ini, Ummi diberi sedikit cubaan dimana baby Ummi yang selalunya seorang periang dan aktif, tiba-tiba mengalami demam yang berlarutan sehingga lebih seminggu. Tak cukup dengan itu, sebaik sahaja sembuh, Baby Danish turut diserang penyakit campak. Akan tetapi, nasib Ummi amat baik, kerana kini kami tinggal di rumah Bonda. Jadi, Ummi tidak mengharungi saat ini keseorangan. Bonda Ummi atau lebih mesra dengan panggilan Mummy sentiasa disisi Ummi. Bahkan dia lah yang lebih mengambil berat lebih-lebih lagi dalam memberikan tunjuk ajar serta semangat untuk kami harungi saat-saat yang mendebarkan ini. Begitu juga dengan Nenek Ummi atau lebih kami senangi dengan panggilan manja Aeyang (moyang) banyak membantu Ummi. Tidak dapat Ummi bayangkan bagaimana keadaan Ummi jika tiada mereka berdua disisi. Pengalaman mereka berdua banyak membantu Ummi.
Mummy,
Terima kasih kerana amat menyayangi kami semua. Mummy sentiasa berada disisi kami tak kira bagaimana keadaan sekali pun. Bibirmu penuh dengan senyuman, amat menenangkan. Katamu penuh dengan nasihat, amat bermakna. Tawamu penuh kebahagiaan, amat mendamaikan jiwa kami. Kami amat bersyukur kehadrat ilahi kerana mengurniakan kami seorang ibu yang terbaik seperti Mummy. Mummylah idola kami dan ratu hati kami. You are the best Mummy in the world and we love you so Much!
Chek(nenek) aka Aeyang(moyang),
Dulu Chek kini dah naik pangkat, Aeyang. Chek atau Aeyang tetap insan yang sama. Sungguhpun bebelan Aeyang tidak kami dengar, namun bukan bererti kami biadap. Sungguhpun banyak arahan aeyang yang kami tangguhkan, bukan beerti kami pemalas dan tidak mengikut kata. Sungguhpun, asyik berebut channel astro dengan aeyang, bukan bererti kami mementingkan diri. Tetapi sebenarnya kami terlalu menyayangi Aeyang. Hanya kasih sayang Aeyang seorang yang sempat kami rasai. Kami risau kalau aeyang kurang bersuara sebab itu kami banyak diam. Kami takut aeyang tak nak bermanja-manja ngan kami, sebab itu permintaan aeyang kami lengahkan sedikit. Kami tak nak aeyang jemu, sebab itulah ler kami suka berebut channel. Pendek kata, kami suka aeyang sebagaimana aeyang sebelum, kini dan selepas ini dan kami suka menyakat Aeyang...jangan mare ya.... Cucunda hanya nak bermanja-manja...Thanks for being the greatest grandma in the world. Salam sayang peluk cium buat aeyang yang amat memahami kami.....Muah! we love you.
dan Al-fatihah disedekahkan kepada Arwah Mak (Allahyarham Hajjah Sabiah binti Elias). Semoga rohnya berada bersama hamba-hamba yang disayangiNya.
Sungguhpun tidak lama kita sempat bersama, namun kenangan indah ketika bersama tetap terpahat dihati kami. Nasihat Mak akan saya ingat selalu. Sungguhpun hasrat Mak untuk melihat cahaya mata kami tidak kesampaian, namun percayalah akan saya mendidiknya agar dia sentiasa mendoakan kebahagian buat insan-insan yang tidak sempat dia kenali.
Sempena hari ibu ini, kami mendoakan agar Allah sentiasa memberkati segala jasa dan pengorbanan ibu-ibu kami selama ini. Semoga Allah juga memberkati dan merahmati hidup kalian. Mohon kalian semua ampuni segala salah silap kami dan juga ketelanjuran kata-kata kami. Restuilah setiap apa yang kami usahakan, wahai ibu-ibu yang kami kasihi dan doakan kebahagiaan dan kejayaan kami juga....
Buat insan-insan diseluruh dunia yang bergelar ibu,
HAPPY MOTHER'S DAY! ALWAYS BE THE BEST MOTHER FOR OUR CHILDREN.
Kepada bakal-bakal ibu, Welcome to Mother's World!
|
|
|
|