 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
My Danish's Gallery
 By: family homestay
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Saturday, 1-Dec-2007 16:48 |
Email | Share | Bookmark |
|
Murtabak Raja
|
|
Mungkin ramai yang pernah terdengar tentang Murtabak Raja yang terkenal di sini (Kelantan). Susah jugak saya nak merasa disebabkan sambutannya terlalu hangat. Pernah 2 hingga 3 kali jugak la dalam bulan Ramadhan yang lepas saya ke kedai murtabak ni untuk dapatkan murtabak raja ni nak buat juadah berbuka puasa. Tapi ternyata hampa sebab tempahan penuh sehingga selepas raya. Sehinggalah akhirnya saya yang terlupa....hehheheheee....
Akhirnya khamis lalu, saya berjaya juga mendapatkannya.Ternyata memang rasanya sedap....dan saiznya yang besar, amat sesuailah dengan namanya murtabak raja.
Cukup 1 murtabak untuk 7 orang makan...memang jumbo saiz....Harga dia RM12 sebiji.
Boleh didapati dalam 2 jenis iaitu ready made dan instant... kotak pun cantik kak ooiii...
Apa yang saya diberitahu, pengusaha juga sedia menerima tempahan dari luar Kelantan.
Selain murtabak, ada juga dijual aneka kuih muih tradisional. Yang uniknya, kuih-muih jenis manis-manisan tempatan yang popular di negeri ini seperti jala emas, buah tanjung, tahi itik dan mas sejemput juga sedia digubah untuk hantaran siap dengan bekas ready made yang digubah cantik. Harganya juga amat berpatutan.
Kepada sesiapa yang berminat; berikut adalah alamat kedai tersebut:
Perniagaan Nik dan Anak
Sec-4 No 19 Jalan Merbau,
15300 Kota Bharu,
Kelantan.
Telefon: 09-748 3898
| Quote: | Kak Daalia: Saya pun penah dengar pasal murtabak singapore tapi tak pernah dapat rasa lagi. Dulu waktu balik Muar ada nampak kedai yang jual tu..tapi tak berkesempatan nak merasa.. Insyaallah next time.
Kamalina: Saiz memang besar..kalau satu family satu biji pun dah cukup.... rasa yang segera dengan ready made sama je....cuma kalau segera leh le simpan lama sket dalam peti ais. |
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|