Lamanya tak menjenguk fp...diam tak diam..dah hampir setahun....Apa tidaknya...last entry Birthday si Danish...dan tak berapa hari lagi pun...nak celebrate his 3rd brithday plak
So, many things happen during this period of time...sampai tak sempat langsung nak update fp. Kesibukan dengan tugasan kerja di pejabat...family project ...dan dalam kesibukan itu...awal tahun 2009 kami kehilangan insan yang amat kami sayangi...dengan kepulangan Allahyarham Ayahanda (Tok Bah) yang amat kami cintai kembali ke rahmatullah secara mengejut kerana serangan sakit jantung...dan seterusnya...pemergian insan-insan yang paling rapat dengan arwah...Pun begitu....sehingga kini kami amat terasa kehilangannya...jiwa dan semangatnya..nasihat dan tunjuk ajarnya..kenangan indah bersamanya....seolah-olah masih terasa arwah masih sentiasa ada bersama kami...dan begitulah selamanya hendaknya...
Walau apa pun dugaan yang melanda..hidup mesti diteruskan jugak.....kami harus kuat mengharungi hidup. Setidak-tidaknya..untuk merawat kesedihan bonda kami (Tok Mi), si adik bongsu (Akasyah) yang baru melangkah ke tingkatan satu ..dan juga cucu yang paling rapat dengan Allahyarham...Danish. Alhamdulilllah...semuanya dikurniakan Allah dengan semangat yang kental untuk menghadapi dugaan ini...dan si kecil pun sudah dapat mengerti akan pemergian insan yang paling rapat dengan beliau, yang sentiasa bersama beliau siang dan malam. Maklumlah..kami semua tinggal di bawah satu bumbung. Keakraban antara datuk nenek dengan cucu tunggal ni (buat masa ini) tiada sesiapa dapat menafikannya. Tambah pula..datuk dan nenek belah Abbi dah lama meninggal dunia. Kegembiraan Arwah Abah dengan kelahiran Danish juga bagaikan mengisi saat2 indah di tahun2 akhir hayat beliau. Seluruh warga kampung mengetahui..di mana ada arwah..di situ juga ada Tok Mi dan cucu emas beliau ni. Begitulah akrab, rapat dan indah kenangan itu. Seperti juga kami di masa kecil dulu...tidak lama mengecap kasih sayang datuk kami.
Walaupun Arwah Tok Bah sudah tiada...tapi nama arwah Tok Bah sentiasa bermain di bibir si kecil ni. Semoga kenangan yang indah ketika bersama arwah akan tetap segar diingatan Danish dan masa-masa yang mendatang ini..dapat beliau melakarkan kenangan indah bersama Tok Mi, Eyang dan kami semua yang masih ada disamping beliau...(Teringat plak kenangan waktu kecil2 dulu..kenangan yang paling indah..waktu dapat bermanja dengan datuk dan nenek. Sayangnya mereka kepada cucu melebihi kasih sayang mereka kepada anak mereka sendiri)
Emmm..selain dugaan yang berlaku dalam 2009 ini...sebenarnya..kami agak sibuk jugak dengan family project. bak kata orang hobi..mengisi masa lapang....sambil mencari rezeki... Masa lapang kami terisi dengan bisness kecil-kecilan kami iaitu...Casa Abadi Homestay. Kami menawarkan rumah penginapan untuk mereka yang ingin berkunjung ke Kelantan. Sila lah layari kami di http://casaabadi.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut...
So, until we meet again in my next entry....salam sayang dari saya aka Kak Ila dan Danish.....maklumlah dah lama tak menulis entry.. hehehe..